Seluruh dunia kenal akan kebesaran, keberanian dan kegagahan pahlawan besar Islam Salahuddin Al-Ayyubi dalam perang salib. Di bawah panglima besar ini, beberapa bumi islam dapat dibebaskan dari penjajahan kaum salib kristian.
Panglima Salahuddin menumpukan segala daya upayanya dalam perang ini
untuk mengembalikan maruah umat Islam yang dipermain-mainkan oleh kaum
musyrikin. Bumi Palestin yang telah dijajah oleh kristian selama 90
tahun dapat dibebaskan.
Kekayaan negara-negara Islam yang dapat dibebaskan, digunakan
sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan pertahankan negara dari serangan
musuh. Di Mesir, Salahuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan
panjangnya lebih dari satu kilometer. Di Damaskus, didirikan rumah
‘Takiyah’ atau tempat pemeliharaan orang-orang miskin. Demikian juga diSudan, Yaman, dan lain-lain negara yang pernah ditadbir oleh Panglima besar ini terdapat banyak bangunan kebajikan untuk rakyat.
Setelah bertahun-tahun memimpin negara Islam dan perang melawan tentera salib, tibalah saatnya Salahuddin kembali ke hadrat Allah. Pada waktu kewafatan pahlawan dan pemimpin besar ini terjadilah sesuatu yang menyedihkan sekali. Orang-orang besar
dan kerabat diraja yang menyaksikan kewafatkan itu sama-sama
mengalirkan air mata. Ini bukan sahaja kerana pemergiannya untuk
selamanya tetapi sangat terharu apabila membuka tempat penyimpanan harta panglima besar itu kosong sahaja.
Demikian juga harta kerajaan yang dipimpinnya juga kosong, semua
harta yang ada digunakan sepenuhnya untuk perang dan kesejahteraan
rakyat. Sehingga untuk membeli kain kafan pembalut jenazah si panglima
pun tidak ada langsung. Maka pembesar-pembesar dan raja-raja yang ada di
bawah taklukan Salahuddin bersepakat untuk mengutip derma di antara mereka untuk membeli kain kafan untuk pengurusan jenazah Panglima Salahuddin Al-Ayyubi.
Ternyata Penglima besar itu sudahpun tidak memikirkan sama sekali akan harta untuk dirinya. Semua tenaga dan fikirannya hanya dicurahkan untuk Allah semata. Allahu Akbar. Semoga Allah tetap mencucuri rahmat ke atasnya.
Informasikini
Bagaimana pula dengan pemimpin kita hari ini?? Jika dibandingkan dengan pemimpin terdahulu, bak kata pepatah 'tepuk dada, tau lah macam mana'. Bukan sahaja pemimpin bahkan masyarakat kita sendiri pun..Tengoklah di mana-mana sahaja..ada rumah besar, kereta besar, segala2 nya besar belaka..Walhal, jiran sebelah rumah duduk pondok beratap nipah..Kenderaam tiada, jalan kaki bukan reti nak singgah.wah...mentang2 duk keta mewah, mungkin tak setaraf agaknya..Realiti kehidupan kita...
Bila disingkap sejarah lama, betapa agungnya pemimpin dahulu kala... demi agama tercinta. Harta dan nama, semua tak endah...betapa..betapa..hinanya kita yg sering mengejar dunia.sombong dan angkuh dengan kemewahan yg sementara...rumah seperti singgahsana, padahal nanti kubur juga hala tujunya..kenderaan mewah hendaknya, padahal keranda juga pengusungnya.
No comments:
Post a Comment