1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok
bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai
‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya
Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah
Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas.
Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi
Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati
perintah Allah Azza wa Jalla.
2. Sebagai satu ibadah yang boleh
mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan
yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba
untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup
mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang yg tercinta. Di
samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.
3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.
4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;
Maksudnya;
“Demikianlah
perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama
Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”
(Surah al-Haj : ayat 32)
5.
Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu
banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.
6.
Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan,
sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan
Allah.
7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang
melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada
daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan,
mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka
masa yang lama.
8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini
amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan
kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa
pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.
"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan
kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada
Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan
mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
JIM
No comments:
Post a Comment