Setiap
manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan
sifat seseorang. Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan
memiliki sifat yang terpuji. Namun jika hati yang dimiliki seorang
manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan
orang lain.
Hati yang
hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh
keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai
Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana. Hati yang
mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam
kegoncangan hidup.
Penyakit hati.
Bagi
saya, diantara semua penyakit, penyakit inilah paling bahaya. Kerana
apabila hati kita telah mati, hati kita tidak akan akan sensitif lagi
terhadap dosa. Hati yang mati juga tidak akan tahan akan ujian yang
menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan. Contoh
penyakit hati? Liat mengerjakan solat juga penyakit hati. Semuanya berpunca daripada nafsu.
Nafsu yang mengarahi dan menunggangi kita umpama hamba. Ada yang bertanya, apakah itu nafsu?
Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya
kekuatan amarah ( ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam
diri manusia. Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik,
kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat.
Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat
mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila
pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas ini. Sifat ini
harus dikikis, dirawat dan dibuang. Dalam rangka untuk menjadi hamba
Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri
Oleh itu, sebelum penyakit hati ini
bertambah teruk mari kita merawatnya. Dibawah ini adalah perkara paling
basic untuk merawat penyakit hati :
1. Tidak Banyak Bercakap
Terlalu
banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah
perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang
cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.
2. Jaga Emosi dan Nafsu
Emosi
dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh itu sebaik-baiknya kita
perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa
contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta,
nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya.
Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan
melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.
3. Selalu Mengingati Allah SWT
Rajin
bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan
lain-lain. Selain itu zikir, doa dan membaca al-Qur’an juga dapat
menghindarkan kita dari penyakit hati.
4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati
Dengan
berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati, kerana
akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit itu sehingga kita akan
semakin jauh dari Allah s.w.t
dari: akuislam

No comments:
Post a Comment