Saturday, December 8, 2012

Tundukkan pandanganmu wahai lelaki!!!

WAHAI LELAKI!!! Aku tidak mahu mengatakan bahawa ramai antara kamu yg JAHIL!! Tp aqalku sering bertanya..AlQuran dan hadithlah yang menjadi jawapan pada setiap pertanyaan2 ku...Kamu sering menyalahkan wanita kerana mendedahkan aurat..kamu sering menghina mereka kerana pakaian mereka,,.kamu merendahkan martabat mereka hanya kerana penghuni neraka ramai daripada wanita..adakah Rasulullah SAW yg melihat sendiri penghuni neraka ramai dari kalangan wanita merendahkan martabat wanita??? Lebih tinggikah taraf kamu berbanding Rasululluh SAW??  tahukah kamu Allah Maha Adil lagi Bjaksana?? Bukankah nisbah wanita memang ramai berbanding lelaki pada akhir zaman?? Bukankah di zaman firaun semua bayi lelaki di bunuh dan hanya bayi perempuan dibiarkan hidup?? Yakinkah kamu tidak tergolong dalam lelaki yg sedikit di neraka itu?? Yakinkah kamu tidak bersubahat dgn mereka?? Yakinkah kamu terlepas dari dosa2 mereka?? Mengapa kamu sering menuding jari ke arah wanita?? Tahukah kamu apa itu menundukkan pandangan?? Tahukah kamu Allah memerintahkan supaya kita menundukkan pandangan?? Adakah perintah Allah itu tidak wajib ditaati oleh kamu kaum Adam?? Adakah kamu di antara yang menahan pandangan mata??
Kamu sebenarnya diperbodohkan oleh nafsu kamu sendiri...sehingga kamu tunduk pada keindahan ciptaanNya, kaum hawa....dgn pujukrayu mereka..dengan kemanjaan dan kelembutan sifat mereka..dgn godaan2 mereka,...dgn suara2 mereka...dgn gerakgeri mereka...dgn kecantikan tubuh badan mereka...kamu menghina mereka tetapi kamu tunduk pada mereka...MAKA MASIH INGIN BERKATA LAGI SIAPA LEBIH HINA?? dan terjadilah sumbang mahram, hamil di luar nikah, rogol, cabul, maksiat, pelacuran dlll...akan adakah pelacur jika tiada yg melanggan mereka??? Jawapanku MUSTAHIL!!! alangkah hinanya tempat kamu DI AKHIRAT kelak jika tidak segera bertaubat...berkiblatkan syaitan dlm diri...Tidakkah kamu berfikir?? Kamu bukannya binatang yg tidak mempunyai aqal...Atau masih jahilkah kamu tentang itu....sungguh aku berlepas dari dosa2 lalu..cukuplah Allah sbgai Pengampun dosa2ku dan Penolongku...
Mungkin org akan bertanya : kalaulah wajib wanita yg beriman menutup seluruh tubuhnya termasuk mukanya di hadapan lelaki ajnabi, apa pula perlunya perintah Allah swt dlm Surah An-Nur ayat 30??
“katakanlah pada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yg demikian itu lebih suci bagi mereka..sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”
Dan juga apakah perlunya hadith2 supaya kita mengamalkan ghaddu’l’basar?? Tahukah kamu apa itu ghaddu’l’basar?? Itulah menundukkan dan menahan pandangan mata...
Maka di’WAJIB’kan ghaddu’l’basar itu adalah kerana beberapa sebab :
1. Kerana terdapatnya perempuan2 yang makshuf yakni yg membuka penutup mukanya  kerana dharurat..ia sbgai penghormatan pada mereka..
2.  Kerana ada perempuan2 yg membuka mukanya ketika bersembahyang di tempat terbuka seperti masjid atau ketika ihram..
3.  Kerana adanya di dlm masyarakat perempuan2 yg rosak akhlaknya atau perempuan2 munafiq..yg berkeliaran mendedahkan auratnya tanpa hala tuju..
4. Kerana adanya perempuan yg keluar rumah atas urusan. Maka ditundukkan atau menahan pandangan mata daripada sebarang fitnah..
5.  Kerana terdapatnya perempuan2 kafir di dalam tamadun Islam iaitu kafir ahlu’dh-dhimmah..yg pakaian mereka itu tiada menutup aurat seperti perempuan2 beriman..ulama’ mengatakan menundukkan pandangan terhadap mereka bukan kerana hormat tp kerana memelihara diri drpd fitnah...
Selain daripada itu, terhadap perempuan2 beriman yg memakai penutup muka dan yg menutup seluruh tubuhnya pun masih perlu ditundukkan atau dialihkan pandangan mata, kerana adab, dan juga untuk memelihara hati supaya jgn mengkhayalkan bentuk tubuh yg di dalam pakaian itu. Adalah jahat, keji, tercela dan hinanya perbuatan lelaki yg menilik-nilik dan meraba-raba dgn matanya tubuh badan perempuan yg tlh mnutup seluruh tubuhnya ...walLahua’alam...Astaghfirullahalazim...

No comments:

Post a Comment