Lembaran tahun 2013 sudah ditutup... Mo imbas balik apa yg terjadi dalam tahun 2013 yang menjadi peristiwa penting dalam hidup. huhu Mestilah kelahiran puteri tersayang kami, khayla pada 11-03-2013 melalui cara ceaser. Alhamdulillah semuanya selamat...kelahiran anak pertama kami ni lah yang mendorong aku untuk meninggalkan kerjaya yang selama 4tahun plus2. Bukan senang mau tinggal anak dgn org lain kan..biar pun dgn sedara2 sendiri.. Kalau sendiri jaga lagi tenang hidup sebab dia ada depan mata kita 24jam.. ho ho. Lepas 2 bulan cuti bersalin sempat lah juga kerja sebulan sebab notis lepas balik kerja.. Hari terakhir di tempat kerja sama dgn en.suami yang dapat tawaran bekerja di UMS. Selamat tinggal Kolombong yg selama 4 tahun lebih tempat ulang alik..kadang2 boring juga jalan tu..yg sentiasa jammed!!
Ok..Lepas da jadi suri rumah baru ada masa utk cuba bisnes on9 di rumah...mo habiskan masa terluang.. hehe daripada duduk tidak buat apa2 kan..sampai sekarang masih lagi jadi agen dropship ni.. Harap2 tahun baru ni akan lebih maju dan berjaya lagi...aminnnn. apa pun, rezeki tu di tangan Dia...kita kena berusaha dan berdoa plus tawwakal ja..
2013 juga ada peristiwa pahit.. di mana isteri anak buah kembali ke rahmatullah pada bulan puasa. Sedih juga sebab boleh dikatakan rapat suatu masa dahulu..sejak meka pindah ke JB jarang da contact..masing2 da berkeluarga.. Al-Fatihah untuk arwah.
Oct 2013 - Kelahiran anak kepada anak buah..eik, cmna tu? haha kira cucu la kan..mana tidak, anak buah kawin dulu berbanding aku ni..ni anak kakak yg 1st... ada yang lebih tua dari aku ni..haha aku baru anak sorang..meka da berorang2.. he he Tahniah buat mereka utk kelahiran anak yg ke-4..wah, 4 dah tu...mo kejar pun tdk dapat.. haha
Ok 2014 ni mo simpan azam ka tdk...? sebenarnya sebelum ni tidak pernah juga ada azam2 tahun baru ni..coz aku rasa azam tu bila2 masa pun boleh, tdk semestinya tahun baru kan.. berubah la setiap masa..berubah kepada yang lebih baik..bukan mau tunggu tahun baru.haha tapi mungkin azam ni untuk benda2 yang besar..jadi tahun ni boleh jadi penanda aras sama ada berjaya dicapai ka belum. Kalau aku ni.. yang paling penting mo berazam spt yang di bawah..hehe (jgn ketawa k :-P)
- Tidak mahu tinggal solat & solat di awal waktu (insyaAllah...)
- Jimat duit untuk masa depan / menyimpan lebih banyak dari berbelanja (hehe, ada anak kena fikir untuk dia kan)
- Mahu jadi surirumah yang berjaya, buat kerja rumah dengan teratur di samping aktiviti sampingan (haha, suri rumah pun boleh berjaya kan)
- Mahu jadi anak / isteri yang lebih baik (sebelum ni x baik ka? hehe kurang cket kot)
- Mahu rajin2 update blog (sebelum ni malas sejaaa, haha)
Hehe, ini saja la setakat ni.. nanti kalau ada lagi boleh update lagi...hehe Kepada sapa2 yg mahu simpan azam, boleh buat sekarang dan usahakan lah sebaik mungkin...kalau tiada azam ni,, mungkin ibarat perahu tanpa kemudi..tidak tahu ke mana arah tuju...Bila ada azam ni, at least kita tahu apa mahu di capai kan.. jadi setiap perbuatan kita ada halatuju iaitu untuk mencapai visi & misi tersebut. Semoga niat kita akan diredhai dan dipermudahkan oleh-Nya.. insyaAllah...amin..
Welcome 2014, be nice to me :) :) :)
No comments:
Post a Comment