“Adam,
jangan kutip mainan. Kotor!”
“Adam, jangan
panjat, nanti jatuh!”
“Biar
Mama dukung saja. Kotor nak merangkak kat situ.”
Berikut
antara dialog yang sering diucapkan oleh sesetengah ibu terhadap bayi kecilnya
yang semakin lasak dan aktif. Melihat caranya melayan bayi, kita boleh
membuat kesimpulan si ibu terlalu melindungi anaknya.
Memang
benar, sebagai ibu kita mahu memberikan yang terbaik kepada anak dan mahu
melindungi mereka daripada ancaman bahaya tetapi kadang kala tanpa disedari,
kita juga menjadi penghalang terbesar kepada perkembangan positif anak.
Secara
semula jadi, bayi kecil akan mula meneroka dunia sekelilingnya dalam proses
tumbesaran yang aktif. Mereka belajar daripada persekitaran. Ia membantu
perkembangan positif anak menjadi lebih mahir dan cekap mencapai perkembangan
kemahiran motor mereka seperti meniarap, merangkak, duduk, berdiri dan
berjalan.
Pelbagai
halangan dan perlindungan yang keterlaluan hanya akan menyekat keinginan semula
jadi anak untuk meneroka dan belajar. Tanpa disedari, kita sendiri yang
menghalang proses pertumbangan anak bahkan mengganggunya membesar sebagai anak
yang kreatif dan inovatif kelak.
Terlalu
melindungi
Sikap
tidak mahu anak terdedah kepada bahaya memang sikap pelindung ibu dan ayah.
Namun jika kita keterlaluan tidak mahu anak berada dalam keadaan berisiko, anda
sebenarnya telah menanamkan perasaan rendah diri, penakut dan sombong dalam
diri anak anda sejak dia kecil lagi.
Cepat
beri bantuan
Jika anak
anda sedang dalam proses belajar kemahiran motor seperti duduk, berdiri atau
berjalan. Biarkan sesekali dia melakukan kesilapan dan merasakan kesakitan.
Jangan terlalu cepat memberikan bantuan. Ia hanya akan membuatkan anak anda
mudah lemah semangat dan cepat berputus asa kerana tahu ibu ayah akan datang
membantu.
Cair
dengan anak
Kadang
kala sikap kita sebagai ibu bapa terlalu mudah ‘cair’ dengan anak-anak. Biarpun
mereka melakukan kesilapan, dengan membuat mimik muka comel, ia sudah cukup
membuatkan kita mudah memaafkan kesilapan mereka. Seharusnya kita tegas dengan
pendirian kita sebagai ibu bapa. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.
Cakap
tidak serupa bikin
Walaupun
anak anda masih usia bayi tetapi mereka memerhatikan tingkah laku anda. Oleh
itu pastikan anda memberikan mereka contoh yang baik dalam urusan mendidik mereka.
Jangan terkejut jika satu hari nanti anak anda meniru perbuatan buruk anda.
Misalnya bercakap kasar atau suka menjerit. TIdak mustahil si kecil juga akan
pandai menjerit dan bercakap kasar bila tiba saatnya nanti.
Sumber: pa&ma
No comments:
Post a Comment