Monday, November 24, 2014

6 Persimpangan


Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di

sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan
semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di
atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa
mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia
mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh
menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta
mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud,
"....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa
yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa
yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa
yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa
yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya
semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh
itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat
tepat pada sasarannya.

Sumber : Info islam

Berkat membaca Bismillah


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan
setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan
Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.
supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata
: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di
samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh
suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu
dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah
S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.

Sumber : info islam

Friday, November 14, 2014

Interview..Temuduga..Interview..Temuduga

Ops!! dah lama rupanya tidak update blog ni...huhu.. Hari ni nak share sikit pasal temuduga yg saya pegi lepas resign tahun lepas...Pertama, sy pernah dapat panggilan temuduga dari SPA..jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W17 bertempat di Kompleks Persekutuan Kota Kinabalu bersebelahan UMS tuh...Pegi juga la walaupun waktu tu Khayla baru beberapa bulan..Cuba nasib, manatau rezeki ada kan..hehe tapi, tak lepas pun interview tu..tapi tidak apa la...just nak share pengalaman..Sy dapat No.7 untuk interview tu..Ingatkan bolehlah siap sebelum tengahari, tetapi malangnya lepas tengahari pun belum dipanggil. Bukan apa, bimbangkan khayla yang masih breast feeding. Turn sy dalam kul 2 camtu baru dipanggil..Untuk calon yang dipanggil temuduga ni...Antara soalan yang ditanyakan yang saya ingatlah..coz sdh setahun berlalu..huhu

1. Perkenalkan diri
2. Pengalaman Kerja
3. Kelayakan ada Ijazah tapi kenapa apply untuk jawatan SPM
4. Jika ditawarkan jawatan pegawai dan Pembantu Tadbir, mana yang saya pilih?
5. Sanggup dihantar bertugas di pedalaman? Sanggup berjauhan dengan keluarga? Suami benarkan ke?
6. Apa itu Pelan Integriti Nasional?
7. Pendapat tentang pekerja kerajaan di kaunter-kaunter yang berurusan dengan pelanggan.

Ha, itulah antara yang ditanyakan...Nak dijadikan cerita soalan terakhir tuh yang buat saya blur kejap nak menjawab..Nak cakap yg betul atau nak tipu..ha ha Buat korang, hati2 dengan tricky question. Bersiap sedia dengan jawapan yang bernas. Nak tahu apa sy jawab, hehe sy cakap memang diakui service di bahagian kaunter kurang memuaskan..Sebab itulah kerajaan perkenalkan PIN (Pelan Integriti Nasional) Nak tau lebih lanjut boleh ke website ni PIN. Boleh la study2 sikit pasal ni..Soalan yang lain2 tu korang boleh la cari jawapan sendiri. Good Luck!!

Ok, next sy ada dipanggil utk ujian fizikal & kecergasan utk jawatan Pen Penguasa Penjara. Yang ni sy tak pegi, memandangkan BMI pun rasanya tak lepas..huhu Lepas ni ada pula penjadualan utk jawatan Pen Penguasa Imigresen..ha, ni ada juga ujian fizikal & kecergasan ke? Tak tau lagi...huhu Tunggu dan lihat saja la...InsyaAllah jika rezeki, semua akan dipermudahkan..

Sementara menunggu sangkut SPA ni, ada juga apply keja swasta. Baru juga interview sebagai Accounts Officer di sebuah syarikat textile yg mempunyai rangkaian kedai di sabah dan labuan..Bagi orang sabah, mereka tentu tahu Kedai Kain Mewah di KK shj ada di Sinsuran dan Segama. HQ office pula di Kolombong. Alhamdulillah rezeki ada di sini, baru tadi call bagitau jawapan yg sy terima kerja tu...Mungkin tak lama lagi boleh start keja.

Ok la, sdh ceta sal interview ni..bagi yang belum dapat kerja, usaha lagi..rezeki ada di mana-mana.. Doa + Usaha + Tawwakal..serahkan kepada Dia..insyaAllah..di manapun kita bekerja, yg penting Nawaitu...

Salam Sayang semua ;)