Wednesday, October 31, 2012

'Uncle Bob Fried Chicken' d hatiku....

 
Setelah lebih kurg sebulan lebih xda selera, alhamdulillah skrg da ble mkn cm besa wlaupun kdg2 memilih jgk ;). Skrg ni suka sangat makan 'Uncle Bob' fried chicken. Mcm sedap sgt ayam ni compare dgn ayam KFC. hehehe KFC pandang sblh mata je skrg. Nasib baik ada gerai uncle bob yg dekat dgn tpt kerja.. boleh singgah klau teringat mau makan. kdg2 en husband pn pelik dgn perubahan tp dia pn tumpang sekaki jgk mkn... hehe sdp la tuh ;-) Actually dr dlu lg suka mkn ni. kenal pn masa study dlu. ada anjuran pasar malam d kolej, ada la gerai 'uncle bob' ni. hehe bila da abis study jmp pla gerai tetap dia. tp jarang jgk p beli.. tetiba skrg ni jd rajin ...tp kena cntrol pla..nti kolestrol brtambah... x baik tuk kesihatan =) hrp2 baby kt dlm sihat walafiat. amin...

Saturday, October 27, 2012

Hikmah di sebalik pensyariatan ibadah korban

1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang yg tercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.

4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;

Maksudnya;

“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”

(Surah al-Haj : ayat 32)

5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.

6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.

7. Untuk memberikan kegemberiaan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.

8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.


"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

JIM

Thursday, October 25, 2012

Slmt ulang tahun ke-27 - Fadzly n me

Happy hour bersama kwn2 pada 24/10/12

bole lagi celebrate bday brsama.. oct bufday boy & gurl
sempat lg pose ~ ni da masuk 20 minggu 4 hari.
mama to be vs slim gurl .. hehe


Wednesday, October 24, 2012

5 petua lahir anak soleh

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih. Antara petua melahirkan anak soleh adalah:


1)   Perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

2)   Banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis. Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

3)  Suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

4)  Jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

5)  Banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya


Love2 Islam 

Tuesday, October 23, 2012

Makanan untuk wanita hamil

MAKANAN SEIMBANG SANGAT PENTING UNTUK PERTUMBUHAN JANIN DI DALAM KANDUNGAN.
  • Zat Makanan
Apabila wanita muda hamil, pertambahan berat badan adalah dalam lingkungan 10-15 kilogram.
Pada minggu ke-20, berat badan naik sebanyak lebih kurang 3 - 5 kilogram, dan pada minggu ke-20 terakhir, berat akan naik sebanyak 9 - 11 kilogram.
Namun begitu, sesetengah wanita mengalami berat badan yang kurang dan sesetengahnya terlebih (berat badan berlebihan).
Ikutilah pandangan doktor anda.
  • Makanan Tambahan Yang Perlu
1. Protein
Cth; Daging, susu, keju, ikan, telur, biji-bijian, tauhu atau tempe.
Tambahan protein penting untuk pembentukan otot, kulit, rambut dan kuku.

2. Kalsium
Cth; Susu, biji-bijian, kacang dan sayuran.
Kalsium diperlukan untuk membentuk tulang dan gigi. Jika janin tidak mendapat kalsium yang mencukupi, dia akan memperolehinya daripada tulang si ibu. Ini boleh menyebabkan ibu kekurangan kalsium. Gejala bakal timbul; gigi rosak dan hilang, sakit tulang belakang.
Susu mempunyai protein, lemak, kalsium, fosfat, zat besi, sodium, potassium serta vitamin C. Oleh itu, untuk mendapat nilai terbaik daripada susu, PILIHLAH susu segar atau susu tepung yang tidak berkrim. Susu pekat TIDAK SESUAI kerana proteinnya sedikit sahaja.

3. Kalori
Cth; Nasi, mee, roti
A piece of advice : Di akhir peringkat kehamilan, makanan yang kaya dengan kanji seperti nasi, tidak perlu terlalu banyak kerana nilai zatnya rendah. Lebihkan makanan banyak protein, vitamin dan mineral.

4. Vitamin
Vitamin diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah dalam tubuh si ibu.
Vitamin A : kuning telur, susu, hati, sayuran, buah-buahan berwarna hijau dan kuning kemerahan.
Vitamin B Kompleks : Kekacang
Vitamin C : sayur-sayuran dan buah-buahan.

IBU JUGA HARUS MEMASTIKAN MAKANAN YANG DIMAKANNYA HALAL DAN DIREDHAI ALLAH. HINDARILAH SESUATU MAKANAN YANG DIHASILKAN OLEH RIBA'. INGATLAH PARA IBU, BARANG YANG HARAM MASUK KE DALAM TUBUH KITA, IA AKAN MENJADI DARAH DAGING. IA AKAN MEMPENGARUHI SIKAP DAN FIKIRAN KITA, LEBIH-LEBIH LAGI, IA AKAN MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN.
Firman Allah SWT;
"Hai orang-orang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik, yang Kami berikan kepadamu dan bersykurlah kepada Allah, jika benar-benar kepadaNya sahaja kamu menyembah."



Monday, October 22, 2012

16 Fakta Menakjubkan Tentang Bayi Baru Lahir

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya
.

October story ~

Alhamdulillah...hari ni suda Oct,22. Sudah lama x update blog ni. sepi jer sejak awal tahun..
Hari ni umur suda genap 27 tahun 6 hari... Di usia ni sy akan menimang cahaya mata pertama yang dijangka lahir pada Mar, 09..InsyaAllah..semoga dipermudahkan. Sama seperti bakal2 ibu lain, suda semestinya excited menyambut kelahiran baby pertama. hehe ;-) Skrg ni suda sibuk2 cari check list barang keperluan baby. Tak sabar beli baju comey2.. try search kt internet... n dpt la bbrp check list dr bbrp blog...So, sy copy & paste jer kt cni..spya sng nk refer ..


PAKAIAN BAYI:
Mula beli pakain asas dulu tau...beli pakain lain setelah bayi mula membesar..digalakkan membeli pakain bayi yang bersaiz 6 bulan ke atas....
1.       SARUNG TANGAN
2.       SARUNG KAKI
3.       BAJU LENGAN PANJANG
4.       SELUAR PANJANG
5.       BAJU LENGAN PENDEK
6.       SELUAR PENDEK
7.       ROMPERS
8.       TOPI ATAU TOPI BONET
KELENGKAPAN MANDIAN:
Beli barang mandian bayi dengan menggunakan starter pack je dulu...takut barang tue tak sesuai dengan bayi kita...
1.       TAB MANDIAN BAYI
2.       PENGALAS TAD MANDIAN BAYI
3.       TUALA MUKA
4.       TULA MANDI
5.       MANDIAN BAYI
6.       SYAMPU BAYI
LAMPIN:
1.       LAMPIN KAIN MODEN
2.       LAMPIN PAKAI BUANG
3.       PELAPIK (KALAU PAKAI LAMPIN KAIN MODEN)
4.       TISU BASAH
5.       PELAPIK MENUKAR LAMPIN
6.       BEG LAMPIN
BARANG PENJAGAAN BAYI:
1.       BEDAK BAYI
2.       LOSEN BAYI
3.       MINYAK BAYI
4.       SIKAT/BERUS RAMBUT
5.       MINYAK TELON
6.       PEMOTONG KUKU
7.       KAPAS MUKA
8.       KRIM RUAM LAMPIN
9.       KAIN BEDUNG
10.   BARUT
BARANG KELENGKAPAN TIDUR SIMANJA:
Kalau boleh biarlah anak tidur dengan ibu sebab dia akan banyak terjaga dan ingin menyusu di waktu malam..
1.       KATIL BAYI
2.       TILAM
3.       CADAR
4.       SELIMUT
5.       BANTAL
6.       BANTAL PANJANG
BARANG PENYUSUAN:
6 bulan pertama anda digalakkan menyusu bayi secara berterusan...tapi kalau tak mampu untuk menyusu secara manual boleh perah susu tue...
PENYUSUAN SUSU IBU:
1.       PAM (MANUAL/BATERI/ELEKTRIK)
2.       BEKAS PENYIMPAN SUSU IBU
3.       BEG PENDINGIN
4.       PEK AIS
PENYUSUAN SUSU FORMULA:
1.       BOTOL SUSU BEBAS BPA
2.       PUTING
3.       BERUS BOTOL
4.       BEKAS PENYIMPAN SUSU FORMULA
5.       TERMOS
6.       BEKAS MINUMAN
KELENGKAPAN BERIADAH :
Beli barang riadah nie kalau boleh biarlah selepas tempoh berpantang..jangan beli terlalu awal sangat...
1.       CAR SEAT
2.       BABY SLING
3.       STROLLER
4.       KAIN PELINDUNG PENYUSUAN (NURSING COVER)
 
 
      Untuk bakal2 ibu... selamat menimang cahaya mata yg bakal lahir..Semoga anak kita jadi penyeri rumahtangga dan penyejuk hati kita ^__^ amin...