Sunday, January 12, 2014

i love online shopping!!

Tidak dinafikan zaman sekarang adalah teknologi di mana banyak transaksi dilakukan hanya di hujung jari. Beli barang, pemindahan duit, cari maklumat dan lain2 lagi...saya pun suka shopping online ni. Tapi banyak window shopping sejaa la..hehe sekarang ni, sy jual tudung secara offline sejak tahun 2011 lagi kalau tak silap, jual d kampung ja. So,tudung2 ni semua sy beli borong secara online.  Benda lain yang besa beli online ni macam buku/novel, cd, kain, baju, tudung, purse, dan emas 916 pun pernah. Ambil risiko tu...hehe Sayur, ikan, ja belum ada jual online..kalau tdk, mo juga beli.senang sikit! hehehehe 

Tapi tidak dinafikan sebenarnya ramai lagi yang takut mo beli online ni...sebab kadang2 takut ditipu oleh segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab.. Alhamdulillah setakat ni semua barang yang sy pernah order online, sampai juga..cuma itu lah kadang2 ada yang kita tidak puas hati..itu saja la risikonya. pernah sekali beli kain di salah satu online shop yang memang pames juga (dirahsiakan).. ada kain yang terkoyak..tdk tau pula sengaja / tidak kan..tapi apa pun, mungkin bukan rezeki sy la...tdk apa, sy anggap tu dugaan dari-Nya..kena bersangka baik kan.. :) :)

Sebenarnya, ada juga yang bertanya dengan sy, selamat kah beli barang online ni? Bagi sy, terpulang kepada individu la... kena make sure juga penjual tu boleh dipercayai ka tidak..caranya? boleh survey2 fanpage dia..mungkin ada feedback customer.kalau positif tu maknanya ok la kan..kena yakin saja la.. kalau dia tipu, dia dapat dosa..hehe senang kan? 

Ok, sekarang kepada yang berminat beli secara online terutama baju2, skirt, dan paling hangat HANDBAG! jom ke fanpage sy Imanina On9 shop. Jangan lupa LIKE, LIKE, & LIKE ok! stok2 ni bukan saya punya...sy agen sahaja...so jangan tanya di mana kedai k! hahaha sy duk rumah seja ni..supplier ni nun jauh di Pulau Pinang. Tapi, so far, barang dari sini quality baekk punya! 

Jom kita tengok di bawah ni apa faedah beli barang online yang saya ambil dari rakan blog..sumber ble tgok d bawah sekali k!

  • Jimat Masa – Tak dinafikan, banyak masa kita jimat dengan membeli barang secara online. Kalau kita ke shopping complex atau kedai untuk membeli barang, ia memakan masa kita untuk ke sana. Dengan pembelian secara online, kita tidak lagi perlu membuang ‘emas’ kita. Kita dah jimat masa kita.

online shopping

  • Jimat Wang – Selain dari jimat masa, kita juga boleh jimat wang. Kita jimat minyak atau kos transportasi untuk ke tempat membeli barangan yang kita ingin beli. Selain dari itu, barangan yang dijual secara online kalau di lihat dengan teliti, adalah jauh lebih murah berbanding yang ada di tempat tempat yang menjual barang tersebut. Bukan sahaja murah, untung-untung kita dapat diskaun lagi dengan pembelian yang kita buat.
  • Banyak Pilihan – Selain dari kita jimat wang dan masa, kita punya banyak pilihan dari segi produk yang kita ingin beli secara online. 
  • Pembayaran Mudah – Kita tidak lagi perlu ke mesin ATM untuk cash out jumlah yang kita perlukan untuk membuat pembayaran keatas sesuatu pebelian, dengan pembelian barang secara on9, pembayaran sangat mudah semudah ABC. Banyak laman web eCommerce harini menyediakan perkhidamatan pembayaran mudah kepada pelanggan mereka. Pelanggan boleh membuat bayaran menggunakan perbankan internet bank pilihan mereka, menggunakan mastercard / visa card, bank transfer, atau boleh juga secara cash on delivery. Mudah bukan? Satu lagi kelebihan pembelian barang secara online yang kita mungkin tak tidak perasan pada hari ini.
  • Mudah membuat perbandingan mana yang terbaik – Dengan adanya eCommerce, hari ini lebih mudah untuk kita membuat perbandingan produk yang ingin kita beli dari segi harga dan spesifikasi sebelum membeli barang tersebut. Berbeza dengan kaedah tradisional iaitu ke kedai untuk membeli barang yang dikehendaki, kita mungkin akan hadapi banyak kesukaran untuk membuat perbandingan sebelum memberi kata putus untuk membeli barangan yang kita inginkan.


Banyak lagi rasanya point yang kita boleh huraikan mengenai kelebihan membeli barangan secara online pada hari ini. Tetapi den rasa, 5 point yang di sebutkan di atas sudah cukup untuk membuktikan yang pembelian barangan secara online harini adalah sesuatu yang bagus untuk di praktikkan.

Sumber : blogunclezuan

Wednesday, January 1, 2014

Jom kuruskan badan!


1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan


Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.comuntuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Rujuk kepada eBook 25 Calorie Saving Tips saya.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  5. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  6. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.

Welcome 2014, please be nice :)

01 - 01 - 2014 New Year!!

Lembaran tahun 2013 sudah ditutup... Mo imbas balik apa yg terjadi dalam tahun 2013 yang menjadi peristiwa penting dalam hidup. huhu Mestilah kelahiran puteri tersayang kami, khayla pada 11-03-2013 melalui cara ceaser. Alhamdulillah semuanya selamat...kelahiran anak pertama kami ni lah yang mendorong aku untuk meninggalkan kerjaya yang selama 4tahun plus2. Bukan senang mau tinggal anak dgn org lain kan..biar pun dgn sedara2 sendiri.. Kalau sendiri jaga lagi tenang hidup sebab dia ada depan mata kita 24jam.. ho ho. Lepas 2 bulan cuti bersalin sempat lah juga kerja sebulan sebab notis lepas balik kerja.. Hari terakhir di tempat kerja sama dgn en.suami yang dapat tawaran bekerja di UMS. Selamat tinggal Kolombong yg selama 4 tahun lebih tempat ulang alik..kadang2 boring juga jalan tu..yg sentiasa jammed!! 

Ok..Lepas da jadi suri rumah baru ada masa utk cuba bisnes on9 di rumah...mo habiskan  masa terluang.. hehe daripada duduk tidak buat apa2 kan..sampai sekarang masih lagi jadi agen dropship ni.. Harap2 tahun baru ni akan lebih maju dan berjaya lagi...aminnnn. apa pun, rezeki tu di tangan Dia...kita kena berusaha dan berdoa plus tawwakal ja.. 

2013 juga ada peristiwa pahit.. di mana isteri anak buah kembali ke rahmatullah pada bulan puasa. Sedih juga sebab boleh dikatakan rapat suatu masa dahulu..sejak meka pindah ke JB jarang da contact..masing2 da berkeluarga.. Al-Fatihah untuk arwah.

Oct 2013 - Kelahiran anak kepada anak buah..eik, cmna tu? haha kira cucu la kan..mana tidak, anak buah kawin dulu berbanding aku ni..ni anak kakak yg 1st... ada yang lebih tua dari aku ni..haha aku baru anak sorang..meka da berorang2.. he he Tahniah buat mereka utk kelahiran anak yg ke-4..wah, 4 dah tu...mo kejar pun tdk dapat.. haha 

Ok 2014 ni mo simpan azam ka tdk...? sebenarnya sebelum ni tidak pernah juga ada azam2 tahun baru ni..coz aku rasa azam tu bila2 masa pun boleh, tdk semestinya tahun baru kan.. berubah la setiap masa..berubah kepada yang lebih baik..bukan mau tunggu tahun baru.haha tapi mungkin azam ni untuk benda2 yang besar..jadi tahun ni boleh jadi penanda aras sama ada berjaya dicapai ka belum. Kalau aku ni.. yang paling penting mo berazam spt yang di bawah..hehe (jgn ketawa k :-P)

  • Tidak mahu tinggal solat & solat di awal waktu (insyaAllah...)
  • Jimat duit untuk masa depan / menyimpan lebih banyak dari berbelanja (hehe, ada anak kena fikir untuk dia kan)
  • Mahu jadi surirumah yang berjaya, buat kerja rumah dengan teratur di samping aktiviti sampingan (haha, suri rumah pun boleh berjaya kan)
  • Mahu jadi anak / isteri yang lebih baik (sebelum ni x baik ka? hehe kurang cket kot)
  • Mahu rajin2 update blog (sebelum ni malas sejaaa, haha)

Hehe, ini saja la setakat ni.. nanti kalau ada lagi boleh update lagi...hehe Kepada sapa2 yg mahu simpan azam, boleh buat sekarang dan usahakan lah sebaik mungkin...kalau tiada azam ni,, mungkin ibarat perahu tanpa kemudi..tidak tahu ke mana arah tuju...Bila ada azam ni, at least kita tahu apa mahu di capai kan.. jadi setiap perbuatan kita ada halatuju iaitu untuk mencapai visi & misi tersebut. Semoga niat kita akan diredhai dan dipermudahkan oleh-Nya.. insyaAllah...amin..


Welcome 2014, be nice to me :) :) :)