Tuesday, April 29, 2014

Kek Coklat Moist















Bahan untuk kek coklat

Bahan A· 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan susu cair
· 1 cawan minyak masak
· 1/2 cawan susu pekat
Bahan B
· 11/2 cawan tepung gandum
· 1 sudu teh bikarbonat
· 1 sudu teh baking powder
· 1 sudu teh esen vanilla
· 3 biji telur (suhu bilik)


Cara-cara
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping..

BAHAN UNTUK TOPPING (ganache)

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist
Sumber : Resepi Bonda

Sunday, April 27, 2014

Tips Mendidik Anak Jadi Bijak

Setiap ibu bapa tentunya inginkan anak mereka membesar menjadi seorang yang bijak. Tapi bagaimanakah peranan yang ibu bapa perlu mainkan? Anak yang bijak tidak hanya bergantung kepada faktor genetik. Tetapi ibu bapa boleh merangsang otak dan minda anak agar aktif dan kreatif berfikir. Dengan rangsangan yang bersesuaian dan galakan ibu bapa yang membina, minda anak-anak dapat berkembang dengan positif, seterusnya anak-anak dapat membesar dengan bijak.

Mari lihat tips bagaimana ibu bapa boleh lakukan untuk merangsang anak-anak mereka agar menjadi anak yang bijak.

1. Belajar Muzik.
Mempelajari muzik dapat meningkatkan pembelajaran otak kanan. Ini kerana muzik diproses oleh otak kanan manusia. Kajian telah mendapati bahawa pelajaran muzik dapat meningkatkan IQ dan prestasi sekolah seorang anak. Bagi orang Islam, tidak hairanlah apabila anak yang menghafaz Al-Quran sejak kecil, mereka lebih mudah untuk menyerap ilmu. Para cendekiawan Islam dan ulama' silam mengutamakan penghafazan Al-Quran mendahului ilmu-ilmu yang lain kerana menyedari kepentingan dan hikmah yang dibawa Al-Quran. Apabila anak-anak membesar dengan menghafaz Al-Quran, otak mereka berkembang dengan ayat-ayat Al-Quran tersimpan di dalam memori dan fikiran, menghasilkan otak yang bijak dan pintar.

Pernahkah anda membaca berita artikel mengenai seorang pelajar tahfiz yang mati rentung akibat kebakaran di pusat tahfiz, tetapi otak mayatnya masih segar seperti orang yang masih hidup? Subhanallah. Baca Artikelnya di sini : Sinar Harian : Otak Pelajar Tahfiz Segar Seperti Hidup

2. Beri Minum Air Susu Ibu
Telah terlalu banyak penelitian ilmiah yang pernah dilakukan yang menunjukkan air susu ibu sememangnya merupakan air susu yang terbaik untuk bayi. Air susu ibu terdiri daripada pelbagai zat dan nutrisi, juga dapat meningkatkan daya tubuh badan bayi daripada mudah diserang penyakit, selain dapat meningkatkan kepintaran bayi. Seorang bayi yang meminum susu ibu lebih lama ternyata lebih pandai daripada bayi yang tidak meminum susu ibu. Tambahan lagi apabila bayi yang menyusu secara direct feeding daripada ibu mereka, akan berasa lebih tenteram dalam pelukan ibu sewaktu tempoh menyusu dan mewujudkan hormon gembira kepada bayi. Faktor-faktor ini menggalakkan pertumbuhan sihat bayi dari segi fizikal, mental dan emosi.

3. Tingkatkan kesihatan
Kesihatan dan kepandaian anak adalah seiringan. Seorang anak yang sihat dan aktif dalam bermain, otaknya lebih kreatif dan mindanya lebih bijak agar lebih mudah untuk menerima ilmu dan bertindakbalas dengan sekeliling. Anak yang sihat akan lebih selesa menuntut ilmu dan bersemangat. Makanan memberi pengaruh yang besar terhadap perkembangan fizikal, jiwa, emosi dan minda. Bahkan otak juga tidak dapat berfungsi dengan betul sekiranya tidak dibekalkan makanan lebih daripada tempoh 20 jam. Dengan khasiat yang mencukupi, anak anda mampu bertindak dengan lebih cerdas, lebih bersemangat, lebih efisien dan yakin diri. Berikan anak-anak makanan sunnah yang sangat baik untuk menguatkan daya ingatan seperti kurma, madu, kismis, susu, kacang badam atau kekacang, buah tin, buah delima dan air zam zam. Insya Allah, mudah-mudahan terdapat banyak khasiat daripada makanan sunnah ini.

"Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." - Surah Al-Baqarah : Ayat 168

"Sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering.” - Imam Zuhdi.

4. Permainan
Permainan atau games dapat meningkatkan semangat bersosial, kreativiti anak serta semangat ingin berjaya, bahkan permainan dapat melatih anak untuk berfikir secara bijaksana serta melatih mereka membuat perancangan untuk mencapai sesuatu tujuan. Disebabkan terdapat banyak permainan masa kini yang pelbagai jenis yang mungkin mampu membuat pemainnya menjadi ganas, brutal dan malas berfikir, maka ibu bapa harus berperanan agar sentiasa mengawasi tindakan dan permainan yang anak-anak mereka main. Sebenarnya permainan boleh memberikan hasil yang positif sekiranya digunakan dengan cara yang betul dan bermain permainan yang menyihatkan dan berbentuk mendidik ataupun dipanggil sebagai 'educational games'.

5. Menolak makanan ringan (junk food)
Kurangkan makanan ringan yang mengandungi gula dan garam yang tinggi serta berpantanglah daripada berbagai makanan yang berlemak tinggi atau junk food yang lain. Sebaliknya, banyakkanlah memakan makanan yang sihat dan bernutrisi tinggi agar dapat meningkatkan perkembangan intelektual dan motor-skill anak, tak kira berapa usia anak anda. Pastikan agar anak-anak memperoleh nutrisi yang secukupnya. Sebagai contoh, seorang anak harus mengambil sejumlah zat besi yang mencukupi untuk pertumbuhan otak. Sekiranya kurang jumlahnya, maka penghantaran impuls dari saraf ke otak akan menjadi lebih lemah.

6. Memupuk rasa ingin tahu
Bagi anak-anak kecil, setiap perkara yang mereka lihat boleh menarik perhatian mereka. Lebih-lebih lagi apabila ibu bapa cuba mendorong anak mereka untuk melihat sendiri sesuatu objek yang pelik sambil bertanyakan mereka tentang objek itu. Ini dapat menggalakkan anak-anak untuk mempunyai pemikirannya yang tersendri dan menggalakkan mereka untuk menuntut ilmu pengetahuan. Berikan perhatian yang besar terhadap minat anak, perkenalkan perkara yang baru kepada mereka dan ajarkan mereka tentang perkara yang mereka tidak tahu. Semua ini merupakan cara yang baik untuk memupuk rasa ingin tahu dalam diri anak-anak.

7. Membaca
Sikap suka membaca semakin diabaikan seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi. Membaca merupakan cara meningkatkan IQ seseorang anak dengan cara yang paling cepat dan efektif. Ibu bapa boleh membacakan buku cerita untuk anak, melawat ke perpustakaan pada hujung minggu atau menamahkan koleksi buku bacaan anak di rumah agar dapat memupuk minat membaca anak-anak.

8. Makan pagi
Kajian ilmiah telah menunjukkan bahawa seorang anak yang bersarapan pada pagi hari memiliki ingatan yang lebih baik, lebih mampu untuk menumpukan perhatian dan juga mampu belajar dengan lebih cepat. Pastikan anak-anak anda bersarapan pagi agar mereka kekal aktif dan bersemangat sepanjang tempoh belajar atau bermain. Makan pagi akan sangat membantu anak-anak dalam pembelajaran mereka.

9. Bermain permainan yang mengasah otak
Bermain catur, silang-kata, teka-teki, atau permainan lain dapat merangsang kepandaian anak. Sebagai contoh, games Sudoku dapat memupuk cara berfikir yang bijaksana dan mendorong sikap mahir menyelesaikan masalah.

Selain daripada tips-tips di atas, sejak kecil lagi seorang anak harus selalu diajak bercakap, berfikir dan berkomunikasi bersama. Jalinkan persahabatan dengan mereka dengan penuh kasih sayang dan banyakkan bermain bersama mereka. Ajak mereka berjalan melihat alam, menghargai alam, binatang serta hidupan, dan wujudkan suasana ingin selalu belajar dan suka bertanya. Semua ini mampu meningkatkan IQ anak.

Semoga anak-anak kita membesar mencintai ilmu. Tetapi terlebih dahulu, ibu bapa lah yang harus menunjukkan contoh yang baik serta mendorong anak-anak ke arah itu.


Sumber : Facebook

Tuesday, April 15, 2014

Cheese cake sangat mudah! Nyum~nyum


Nyum~nyum..resepi cheese cake lagi... huhu kerja sy macam kumpul resepi saja. hehe nanti sy dah buat sy upload pula pic kek sy. hehe tengok2 kek ni macam kenyang pula rasanya. haha Resepi ni sy ambil dari blog tips kurus. Marilah try test & cuba buat kek ni... very easy & simple!







Nampak tak bahan-bahan cheese cake di atas tu?
OK, anda cuma perlu bahan-bahan berikut:


1. Biskut mayat atau biskut empat segi. Beli je sepeket.
saya guna crackers cap Lee rasanya..


2. 250gram cream cheese.
saya pakai cap Tatura jek yang ado gambar lembu comel tu.


3. Setengah tin susu pekat.
Beli cap Tesco, senang nak buka.


4. Nestum secukup rasa, sebarang jenis.


5. Susu segar, nak sikit je ni.


Cara-cara buat Cheese Cake Super Easy:


1. Pukul cream cheese secantiknya.
2. Kemudian masukkan susu pekat dan pukul lagi sampai mesra.
*Kalau tiada mixer, boleh pukul secara manual je ni.


3. Sambil itu, boleh rendamkan biskut mayat ke dalam susu segar.
Contoh demo macam pix Amani di atas tu. Sibuk je nak tolong makan!


4. OK, sekarang boleh susun biskut dalam loyang.
saya guna tepawe je (gambar pertama dan di bawah),
sebab lepas ni senang nak tutup.


5. Lepas susun biskut, sapu/syelek dengan bancuhan cream cheese tu,
then tabur serta ratakan nestum.


6. Sila ulang je tatacara 4 hingga 5 iaitu biskut, cheese dan nestum.
Biskut, cheese, nestum.
Senang je kan!







Dah habis biskut dan bahan-bahan tu,
boleh tutup dan sejukkan sahaja dalam peti sejuk for hours.


Then, boleh dipotong seperti di atas.
Sekian.

Friday, April 11, 2014

Puding Mireo

Hah....Mesti tertanya2 apa tu Puding Mireo.. hehe Nama ni ciptaan sy sendiri sebab agar-agar ni adalah puding Milo + Oreo..jadilah Mireo. cantik tak nama tu? haha ^^
Harijadi 1 tahun Khayla yg lepas pada 11-03-14 baru 1st time buat agar2 Mireo ni. sampai akak sebelah rumah siap cakap sedap lagi...hehe memang la sedap ada oreo dlm tuh kan.. ^__^belek-belek google jumpa resepi Cik ni yg lain sikit daripada yg saya buat. Boleh juga try buat ni...Dia guna tepung kastard. senang ja ni..jom..jom ;)


Puding Mireo

Bahan-Bahan :


Sebungkus agar-agar warna putih yang panjang macam tali rapia.
750ml air paip bukan air wuduk.
6 sudu besar gula. *kalau taknak manis jangan banyak-banyak*
Setengah tin susu cair jenama f&n. eh ikut kau ler jenama apa.
2 sudu besar tepung kastard. Aku beli jenama kijang. Ikot suke.
3 sudu besar milo.
1 bungkus oreo.


Cara –Cara ;-


1. Masukkan agar-agar dalam air. Rebus sampai pekat.
2. Masukkan gula sampai larut.
3. Tuang susu cair. Sentiasa kacau.
4. Tepung kastard bancuh dengan air panas dalam mangkuk yang berlainan. *aku baru tahu tepung kastard warna kuning kalau campur air.haha* - bila tak berketul-ketul baru masukkan dalam periuk yang ada agar-agar tadi.
5. Kacau-kacau-kacau jangan berhenti sampai letih. Eh sampai mendidih dan pekat.






6. Api tu kecikkan je paling kecik. Jangan tutup api karang keras kejung tak menjadi.
7. Kemudian kakak-kakak makcik-makcik yang berada dirumah, asingkan dua cawan agar-agar itu ke dalam periuk lain dan masukkan milo.
8. Perlahankan api dan kacau milo sampai sebati.
9. Oreo tu kita pecah-pecahkan masuk mangkuk.





10. Ambil Loyang atau bekas pudding bunga-bunga.
11. Seterusnya ikut kau orang lah nak letak yang milo dulu atau agar-agar putih dulu






12. Aku buat letak milo first lapisan, tunggu keras sikit dan letak oreo lepastu letak agar-agar putih.
13. Last tu aku letak lagi oreo. So jadi macam oreo dua lapisan. Tunggu sampai keras kejung.
14. Dan siap untuk dimakan.



Cheese Cake Idaman Hati =)

Cream cheese sudah beli....tinggal beli bahan-bahan lain pula.. Harap-harap boleh beli dalam masa terdekat. Kalau tdk, alamat sampai expired la cream cheese d fridge tu. ^^ Sementara tu, survey2 resepi dulu..yang mana paling senang & simple! hehe Dapat dari 1 page d FB ni...Nama page tu Cara Mudah Buat Kek  Boleh tahan juga...tengok2 macam senang.. buat nanti tdk tau pula... hopefully jadi la ek! Kepada yang berminat, jom lah cuba resepi ni. Good Luck! ;)

Cheesecake Meleleh - Kek Sponge 

Bhn2 Utk Kek
*100g tepung hongkong/tepung kek
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk/susu cair
75g mentega cair

Cara Membuat
1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak.

Untuk Cream
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream

Mix semua bahan dia atas hingga sebati,
adunan ini memang cair.
(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap.

Choc Moist Cheese Cake Meleleh

-2 cwn tepung gandum
-1 cwn koko
-1 cwn milo
-1 cwn susu pekat
-1 cwn minyak masak/olive oil
-1 cwn air panas
-1 cwn gula
-4 bjk telor
-1/2 sudu kecil baking powder
-1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara Membuat
masukkan semua adunan ke dalam bekas
mix kan semuanya sehingga sebati
bakar masak sehingga 30-45 minit..masak sehingga masak

Untuk Cream
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream

Mix semua bahan dia atas hingga sebati,
adunan ini memang cair.
(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap.