Wednesday, November 21, 2012

oh no! sweet is not always good

Semalam,20hb nov 2012 sy pegi klinik check kandungan gula dlm darah...Awl2 lg nurse pesan suru posa start 10 mlm sblm tuh. Smpai klinik dia cucuk jari ambi drh utk check bacaan sblm minum air glukos. Lps 2 jam, kira2 10.20am dia suru dtg balik utk ambi drh lg skali. xbole mkn apa2 dlm tempoh tu..kecuali minum air kosong. Nsib baik bdn mc ble thn w/pun da rasa lpr da perut. Thn jer la kejap... 10min sblm 10.20 sy pegi la situ..tggu kejap pastu masuk blik. Lps dia chk, dia ckp kena jmp doc lg.. Kandungan gula agk tinggi, sblm minum tadi 4.2 pas 2 jam tuh naik pegi 8. ya Allah... tggi sgt ka? blm tau apa2 lg psl ni lg...sblm ni mkn mnum x brpa mau jaga...pas ambi no jmp doc tuh dpt pla no 2038. ada lebi kurg 10 org lg bru tiba turn sy. tp 10 org tuh pn 12 lebi bru dpt masuk jmp doc.Badan menggigil kelaparan, brpeluh2 lg... nsib baik ble bertahan..tgh2 tggu tuh smpt jgk google psl kandungan gula dlm drh utk org hamil ni..baca pya baca, rupanya semasa mengandung hormon insulin adalah kurg. Ada bbrp fact yg sy tjumpa psl ni.

Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.
sumber: izieherb 

Huh! seram pla baca sal ni.. Myesal x kawal pemakanan sblm ni...mgkn klau d bawah 8, masih slmt lg. xpela, pengalaman mgandung 1st baby..smoga Allah melindungi dan permudahkan .insyaAllah nx time akn lebi berhati2 :) balik sal ceta td...lps jmp doc tuh doc tya sy byk mkn/minum manis ka? sy jwb x jgk la.. dia tya ada minum air brgas, jus2, buah2 mcm rambutan, pisang. Bru ingt mlm tuh baru mkn rambutan...ada la lebi kurg 10 biji..tu pn effect rupanya ;( ni la klau xda pgetahuan sal pemakanan ni. doc bg nasihat pasni kena pantang mknan/minuman mnis.. Bila ingt2 sjk kblkgn ni sllu sgt mkn/minum manis. coklat, cake, biskut, aiskrim, minuman apatah lg.. sedeynya...knp la x brpantang dr awl.Lps ni kena la mgamalkan diet yg betul.

Kawalan makanan khususnya yang mengandungi kanji seperti nasi, roti dan mi sangat penting sepanjang kehamilan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kencing manis dan darah tinggi. Lebihkan sumber protein, vitamin dan zat besi seperti daging, ayam, sayur-sayuran dan kekacang.

"Makan tiga hidangan kecil setiap hari dengan dua atau tiga kali snek di antara waktu makan. Kurangkan makanan berkanji seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng pada sarapan pagi.
"Hampir 50 peratus daripada jumlah tenaga yang diperlukan sepatutnya disumbangkan dari karbohidrat dan sebahagian besar dalam bentuk karbohidrat kompleks seperti barli, oat dan bran," katanya.

Selain itu wanita hamil juga disaran mengurangkan pengambilan makanan yang banyak gula seperti kek, biskut, aiskrim, minuman berkarbonat dan sajian bercampur madu. Sebaliknya lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang lebih mudah dihadam dan ditukar kepada glukosa.

"Secara keseluruhannya, gestational diabetes tidak membahayakan ibu tetapi boleh mengancam kandungan jika tidak dikawal. Kawalan pemakanan yang rendah dalam gula dan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang dapat mengurangkan risiko terjadinya diabetes ketika hamil. 

hanan.com 

Pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:
  • Elakkan gula dan makanan yang tinggi kandungan gulanya (kek, aiskrim, minuman ringan, buah-buahan di dalam tin, jem, coklat dan lain-lain).
  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit. Elakkan makanan yang bergoreng 
    sumber: izieherb

Saturday, November 10, 2012

me in da morning


Wah...awal pagi dah snap diri sendiri.hehe bukan apa saja ambi pic tudung ni... bawal crown bru jer order 10 helai utk bisnes kecil2an d kg.ambi la sehelai utk diri sndiri.. hehe ble thn jgk la..sy suka pattern ni.ada bbrp kaler jer yg tggl ni...sapa nak ble cpt2 sms sy 019-8810232..eh, smpt lg promote.haha peace (~_^)

Friday, November 9, 2012

Cara Rasulullah S.A.W menjaga kesihatan diri

Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat :)

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada
dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

dari: akuislam

Wednesday, November 7, 2012

Jom sama-sama rawat penyakit hati

Setiap manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan memiliki sifat yang terpuji. Namun jika hati yang dimiliki seorang manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan orang lain.
Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana.  Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.

Penyakit hati.

Bagi saya, diantara semua penyakit, penyakit inilah paling bahaya. Kerana apabila hati kita telah mati, hati kita tidak akan akan sensitif lagi terhadap dosa. Hati yang mati juga tidak akan tahan akan ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan.  Contoh penyakit hati? Liat mengerjakan solat juga penyakit hati. Semuanya berpunca daripada nafsu.
Nafsu yang   mengarahi dan menunggangi kita umpama hamba. Ada yang bertanya, apakah itu nafsu?
Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya kekuatan amarah ( ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat.
Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas ini. Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang. Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri
Oleh itu, sebelum penyakit hati ini bertambah teruk mari kita merawatnya. Dibawah ini adalah perkara paling basic untuk merawat penyakit hati :

1. Tidak Banyak Bercakap
Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Nafsu
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh  itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT
Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan  membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati
Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t

dari:
akuislam

Saturday, November 3, 2012

Cerita Teladan

"Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat. Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya.

Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah swa sambil menadahkan tangannya kelangit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doa nya dimakbul oleh Allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-menjerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu menjawab..bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa. Lelaki itu menjawab. Saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah

Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa?

Maka bercerita lah lelaki itu. Saya berkerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya.

Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikat nya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu. Di pertengahan jalan saya merasa lapar dan terus lah saya berhenti untuk makan. selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. 

Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkan nya dengan lidah tetapi tak berjaya. kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya. tetapi tak berjaya juga. 

Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi. Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya.

Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang.
Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... "

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam

“Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya surga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”[HR Muslim]

>>> apatah lagi jika rezeki yang dicari digunakan untuk makan minum sekeluarga <<<


Astaghfirullah al azim...


Senang Hamil page (fb)