Friday, December 13, 2013

love letter for mr. husband ;-)

Salam sayang mr. husband, Mustapha Bin Buakan..

Slmt ulang tahun pernikahan kita yg ke-4 pada 11-12-13.. hari ni baru ada masa update blog. huhu malas punya pasal la ni...bukan malas apa.. tapi lebih banyak masa d Muka Buku..hehe btw, khas utk my dear husband, ni ada puisi atau sajak ka apa ni..hehe baca sejaa la ar..


dulu kita single,
lepas tu kenal2 tak tau cmna tercouple. (ops! hehe)

tak lama pula engaged,
setengah tahun married,

kadang tertanya inikah takdir,
malam2 aku berpikir. (hehe, nda ba)

aku bukan ustazah dan kau bukan ustaz, (xda rezeki dpt ustaz, haha! toink!)
cukuplah jadi hamba yang tunai tanggungjawab,
sesama manusia juga kepada Mu ya Rabb.

Terima kasih sayang,
atas ucapan 'Aku terima nikahnya..'
semoga mendapat redha dari yg Esa,
dan selalu beroleh rahmatnya,
sepanjang hidup kita,
InsyaAllah..

Empat tahun kita bersama,
di sana suka,
tak kurang duka,
kadang derita,
ada pula tertawa,
tak usah kita sesali semuanya,
kerana itu warna-warni hidup kita,
yang kita lukiskan bersama,
dalam menempuh cabaran dunia.

kita bukan sempurna,
juga belum cukup amal ibadah,
yg penting ingin untuk berubah,
berusaha selagi terdaya,
agar jadi insan yg bertaqwa.

Terima kasih ya Allah,
kerana mendengar doa kami,
lahirlah permata hati,
Nur Khayla Imanina nama diberi, (sy la yg bagi, hehehe)
selalu menghibur hati,
peneman di kala sunyi,
pembawa ke syurga yg abadi..



~Hak Cipta Terpelihara~

p/s kepada my BFF, Hafizzah & suami selamat ulang tahun perkahwinan juga..semoga kekal hingga ke jannah ^^






.














Tuesday, July 30, 2013

Masalah oh masalah..


Hi sume...entry ni sy nak cakap sal 1 page d FB ni...nama page tu Rumahtangga Bahagia Selamanya.. Baru ja like page ni & banyak post pasal masalah rumahtangga masing2..actually, cara ni baik juga untuk bertanyakan pendapat orang lain...boleh jadi tempat meluahkan perasaan..kalau pendam2 tdk baik juga..nanti bernanah susah lg..lagipun, besanya identiti dirahsiakan..hanya admin page ni saja yg tau. kebanyakan yg post di sini adalah insan2 yg bergelar isteri...masalah apa? mostly masalah rumahtangga dan yg paling banyak sy nampak tentang suami2 yg curang.. hurm, sapa tdk marah kan kalau suami curang? kesian juga puan2 yg mengalami situasi itu.. rupa2nya banyak kes suami curang ni...wuallahualam..

Rasa2nya apa sebab masalah ni...macam pendapat di atas, mungkin punca masalah tu ada pada diri kita sendiri. Jadi, bila berlaku masalah, marilah kita nilai diri kita terlebih dahulu samada isteri atau suami. Semak hubungan dengan Allah terlebih dahulu, kita jaga atau tidak..Kalau kita jaga In Shaa Allah Dia akan jaga hubungan kita sesama manusia. Macam lagu Allahyarham P.Ramlee, 'Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri..' Sekali sekala rumahtangga berkocak dan ada perselisihan tu normal la..nama lagi manusia ni masing2 tdk sempurna, masing2 ada pendapat..mestila ada percanggahan kan..yang paling penting kita bertolak ansur, saling menerima, sentiasa cool, tidak bertindak terburu2,tidak panas baran, tidak cepat melenting dan yg sewaktu dengannya.

Para isteri semua...kadang2 kita ni yang cepat melenting bila ada masalah dalam rumahtangga dibandingkan dengan Encik suami...Takpa, itu memang normal.Tapi lebih baik kita banyakkan istighfar dan jangan bertindak terburu2.. Carilah penyelesaian yang terbaik dan yang paling penting tanya diri kita sudahkah kita buat yang terbaik untuk suami? sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri? Mesti ramai yang cakap 'buat apa tunaikan tanggungjawab, sedangkan dia tidak bertanggungjawab'. Sy pun mengaku kadang2 terfikir juga begitu.. tapi bila fikir balik, lebih baik kita tunaikan tanggungjawab demi Allah..sebab apabila kita sudah menjadi isteri, kita telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga hati suami, menjaga makan minum suami, menjaga aib suami dan lain2 lagi..Syurga itukan d bawah tapak kaki suami..jadi, jangan lah kita persoalkan tanggungjawab itu lagi..Mari tunaikan tanggungjawab dengan seikhlas hati..


Di sini sada beberapa cara untuk mengunci hati suami..Harap kita boleh jadikan panduan untuk mengambil hati suami :) :)



Saturday, July 27, 2013

Biskut ulat bulu ~ 2013

Hehe..akhirnya, dapat juga buat biskut ni.....biskut ulat bulu..biarpun tdk berapa cantik, tp rupa & rasa masih cam biskut ulat bulu juga la.. :) :)


Ni antara bahan2 yg sy guna untuk buat biskut ni..

Tepung gandum 2 cawan
Tepung jagung 1 cawan



Butter/Marjerin - 250g (marjerin ni guna 2jenis coz daisy tuh tak cukup..hehe)



Sedikit pewarna hijau pandan
Sedikit perisa vanilla



Ini marjerin & 2biji kuning telur. Dipukul hingga kembang


Tepung gandum & tepung jagung digaul rata

Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam marjerin & telur yang telah siap di pukul.Gaul sebati dan tambahkan tepung sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Sambil2 itu bagi khayla tengok video dulu.. Sdh bangun la pula.... ho ho
Tadaaaa!! Siap bakar suda...terskip ambil pic masa membentuk biskut ni. Kena improve lg ni..hehe blm expert lg.bentuk pn nda sama rata..testing sejaa ni ^_~




Monday, July 22, 2013

Ulat bulu dah naik daun~

Haha... jangan salah tafsir tajuk tu. sebenarnya mau share resepi biskut ulat bulu...raya nda lama lagi.. Plan2 mo buat biskut ni sebab senang ja ni...tahun lepas ada buat..tapi lupa resepi la pula..ni search d google dpt la dari website Kongsi Resepi. So, copy & paste ja la di sini supaya tidak lupa lagi.. hehe sapa2 yg berminat jom la sama2 copy2 resipi ni :) :)

Bahan2
1 biji telur - akak guna kuning dia je
250gm butter - 1 buku butter
300gm tepung gandum - 2 ¾ cwn - 2 tbsp ( harap2 korg paham la ye)
100gm tepung jagung - 1 cwn
sedikit pewarna hijau
sedikit esen pandan/pandan paste

Inti - kurma dipotong 3 secara memanjang

Hiasan - gula kastor

Cara2
1. Pukul kuning telur & butter hgga kembang.


2. Masukkn pandan paste & pewarna hijau.. pukul sebati
Masukkn pandan paste & pewarna hijau klau perlu

Pukul sebati

3. Masukkn tepung ckit2 sambil uli sebati hgga mendapat doh yg x melekat kt jari
Tambahkn tepung ckit2

doh yg dh siap

4. Ambil doh sebesar guli/besar ckit. Leperkan ckit pastu letakkn kurma di tengah2 nya. Then, gulung & bentukkn lonjong
masukkn kurma

bentuk biskut yg belum dibakar

5. Bakar pada suhu 180'C selama 20min @ ikut kesesuaian oven masing2
sedia tuk dibakar

6. Bila dk masak, sejukkn ckit pasti golek2 kn pd gula kastor. Pastu buh dlm papercup..

Biskut yg dh siap masak

Golekkn pada gula kastor

Masukkn dlm papercup..siap


8 Jun ~ 22 Julai (1 bulan plus2 jadi SRT)

22 Julai 2013

Uwaa...sudah sebulan lebih rupanya pencen kerja dari PKM atau nama panjangnya Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd.. hehe Selepas 4tahun plus2 berkhidmat, akhirnya tamat jua.... ke mana?? d rumah saja la...tidak ke mana2.. Mo jaga baby ja..jadi ibu2 atau mama2 atau yg sama waktu dengannya..tapi org cakap zaman sekarang ni SRT yg duduk rumah tidak sama dengan SRT dulu. SRT sekarang boleh menjana income. Ada yg berganda2 lg..yala, dengan adanya teknologi d hujung jari...apa lagi, tenet la... ho ho Apa pun, yg penting sy sudah memijak di bumi yg nyata..bukan khayalan lg. Sekarang sy sudah tidak bekerja dan berada d rumah 24 jam (kalau x jalan la)..yahooo!! xpayah bangun pagi2 mandi & otw p kerja pikir2 kerja yg nda siap2.haha memang la kerja nda siap..klau siap, teda la kerja kan.. kompem kena buang kerja. haha 

Sejak jadi SRT ni, rutin harian bertukar sdh...dari kerja pejabat ke kerja rumah. pagi2 kena urus hal rumah tangga terutamanya my lil princess yg bru 4 bln skrg nie... Kena mandikan, kena bagi tidur..makan lom lg la... lagi pun dia fully breast feeding. jadi tdk la susah2 buat susu. hehehe banyak faedah bf ni...terutamanya jimat & berkhasiat. 

Btw, sy epy la duk rmh..biar pn byk kerja kena urus tapi kan masa tu fleksibel..tdk payah ikut cm opis tuh.. hehe kurang tekanan..dan kadang2 menghampiri 0 la.hehe klau d opis kadang2 migrain datang..coz keja ada dateline. haha bukanlah mo cakap susah, klau da besa senang ja sebenarnya...cuma lebi suka duduk rumah la skrg..mgkin suda lama keja kan...hurm, lama ka? hehe tdk juga la...tengok la nanti, klau terbuka hati lg, insyaAllah cari keja juga la... yg penting Nawaitu skrg ni nampaknya betul la..biarpun zaman moden org cakap, zaman2 wanita2 bekerjaya, tapi bagi sy kerjaya paling 'afdal' adalah jadi suri rumah la.. kadang2 memang lah ada org pandang rendah..belajar tinggi2 tapi ceruk dapur juga perginya.. memang la kan..sdh pompuan.. kena pergi dapur juga... hehe

Cuma misi sekarang ni....jeng jeng jeng.. jangan ingat SRT teda misi & visi. hehehehe teda la, misi mestilah mau cari side income. mesti mo cari duit poket juga. buat beli ikan & sayur pun cukup la.. beli tepung ka buat kuih. hehe Skrg sy sudah menjinak2kan diri dengan online bisnes. Dropshipper agent ja.. yg penting kurang risiko la sebab tdk simpan stok..promo2 ja, dpt la komisen..alhamdulillah..rezeki tuh klau Tuhan mo bagi, ada ja tuh...insyaAllah..yg penting tdk goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit kan. hehe yg penting happy... dapat rm10 pn hasil usaha sendiri memang seronok :) :)

Apapun, masing2 ada keinginan & kehendak, misi & visi.. jadi kerja pa pun yg penting halal & toyyibah. Dan mesti rasa bersyukur dengan yang sikit, merasa cukup dengan yg ada. insyaAllah hidup bahagia =)
sekian shj entry kali ini 

Friday, July 19, 2013

Bagaimana Remaja Sekarang??

EBIT LEW wrote:

Saya suka melihat di surau tadi anak umur 7 tahun solat begitu khusuk habiskan 23 rakaat solat tarawih. 5 waktu solat di surau. 


Ayahnya solat di tempat lain. Dia datang surau dua beradik ke surau. Subhanallah. Bagaimanalah kita masa umur 7 tahun. 

Teringat seorang sahabat bernama Aq'lak RA. Dilahirkan tanpa ayah semenjak lahir. Satu hari beliau ketika solat berjemaah di masjid ketika berumur 9 tahun. Dia lihat anak-anak lain bersama ayah masing-masing berpegang tangan. Sahabat suka berpegang tangan.

Aqlak ra terus balik ke rumah dan bertanya ibunya, wahai ibu, wahai ibu, di mana ayah? ke mana ayah pergi? Ibunya bila di desak menangis tapi tidak boleh berkata. Ibunya sambil menangis suruh aq'lak ra tanya pada Nabi saw.

Bila jumpa Nabi SAW, Nabi SAW kata wahai aqlak gembiralah, bahagialah kamu ayah kamu sedang menanti kamu dipintu syurga. Dia telah syahid dalam perjuangkan agama.

Maka dia terus beritahu pada kawan-kawannya, bahawa ayahnya sedang tunggunya dipintu syurga.

Satu hari ada seruan jihad..Aqlak ra pergi jumpa Nabi SAW untuk pergi bersama. Nabi SAW nasihatkannya kerana aqlak masih mempunyai ibu dan menyuruhnya meminta izin ibunya.

Bila sampai kepada ibunya dan bertanya pada ibunya.

Ibunya menjawab, Wahai aqlak RA, ayah kamu berjuang untuk agama dan syahid, ketika itu aku mengandungkan kamu 3 bulan. Kamu pun tidak pernah berjumpanya.

Saat aku menanti kepulangan ayahmu. Dia tidak pulang, tapi yang pulang hanya kuda dan pedang yang berdarah. Rupanya ayah kamu telah syahid.

Tapi pada hari ini aku tidak akan menghalang kamu kerana agama ini lebih utama. Ambil lah pedang dan perisai ini.

Aqlak telah pergi bersama Nabi SAW, dia masih kecil dan berjalan bersama Nabi SAW. Dia tidak larat untuk angkat pedang dan perisainya pun. Seorang musuh telah melembing Nabi SAW, Aqlak melompat dan lembing terkena dadanya. Aqlak telah jatuh dikaki Nabi SAW. Nabi SAW kata wahai anakku bagaimana keadaanmu.

Jawab aqlak ra, ya Rasulullah,Sampaikan salam pada ummi. Katakan pada ummi,suami dan anaknya menunggunya di pintu syurga.

Bila Nabi SAW kembali ke Madinah, wanita pertama yang Nabi SAW jumpa ialah ummi aqlak. Ummi aqlak telah pegang kaki unta Nabi SAW, Ya Rasulullah di mana anak saya?

Sesungguhnya wahai ummi aqlak, aqlak telah syahid dan sebelum dia meninggal dia berpesan salam dan beritahu dia dan ayahnya menungguMu di pintu syurga.

Bila mendengar itu, ibunya sambil pegang kaki unta telah menggelongsor perlahan-lahan. Bila terduduk beliau meninggal dunia.

Tahniah kepada mereka yang anak-anak suka dan ghairah dalam berkorban untuk islam di saat semua anak muda lain hanya suka budaya yang jauh dari islam dan sunnah.

Ya Allah terimalah kami semua untuk berkorban untuk agamaMu. Untuk meluangkan sedikit masa untuk tahajud, dakwah, ta'lim wa ta'lum, doa menangis pun begitu susah untuk kami.

Saya sayang aqlak ra, ayahnya dan ibunya kerana Allah. Mulianya sahabah Nabi SAW. Sentiasa mencontohi Nabi SAW.

Thursday, July 18, 2013

13 Kesilapan di Bulan Ramadhan =)

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. 
Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-


1. Berpuasa tetapi tidak solat sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;
anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga
ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.

5. Semakin cepat marah sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang
berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makandan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam
solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaq

Sumber : LOVE LOVE ISLAM

Sunday, June 2, 2013

warna warni kami se'family'

Ni khayla da ada dlm perut mama da :) raya 2012 lebih kurang
2bulan mama pegnen

Mama 7 bulan besar da perut mama.hehe

Ni masa company buat christmas party. 7bulan
lebih da lebih kurg.
Ni pun masa christmas party 2012

Ni masa bff mama kawin.da nak dekat due ni. hehe 

Ni khayla baru lahir..x smpai 1 hari ni..syg anak abah & mama :)
Sblh kiri tuh khayla hari kedua da..sblh kanan sma dgn pic
atas
Ni khayla 1 week..nak p chk kuning.sempat lg ambi pic :)

Khayla 1 bulan dah ;)
Ni da 2 bulan lebih :)

Ni pun khayla 2 bulan lebih

Khayla 2 bulan lebih :)

mama n khayla ;)

Nur Khayla Imanina 11.03.13

Wah..hari ni dah 1 jun 2013 ;) kejap ada..kejap xde. hoho cm chipsmore la pula.mo stgh thun x update blog ne.. hehe tmbh lg dgn kelahiran princess kami Nur Khayla Imanina pada 11 Mac 2013. Alhamdulillah semuanya selamat dengan bersalin secara caeser.nak ceta sal kelahiran khayla la ni.. hehe

Oleh sbb sy ni ada GDM masa mgandung maka doc x bagi overdue.kena brsalin masa due atau sblm due jgk..so brharap la leh bersalin awl sblm due. sbb lau x jgk, doc ckp kena CAESER.oh NO! byk dgr ceta normal better than czer.so dlm pikiran nk brsalin normal je... tggu punya tggu smpai la 8hb mac xda jgk tanda2 mau bersalin.  uwaa...8hb kena msuk wad d hosp likas.nebes jgk..lau x clap ngam2 hari jumaat hr tuh..siap ambi cuti lg tp ptg bru p hosp.cm nk xnak ja p hosp :( smpai sna kena g chk dlu...ckp dgn doc g sna sbb GDM n bsoknya due tp lum ada tnda brsalin.lps tukar bju bru g wad kenanga 1, wad sbelum bersalin..smpai sna full la pula..tpksa duk luar..ciannn..MIL n husband tggu smpi ada katil ksong.dpt pn ktil yg d luar jgk.huhu tp mlm tu jgk dpt msuk blik.dpt katil pling hujung...stiap bilik suppose ada 6 katil je tp oleh sbb rmai org tpksa tmbh katil.. tp ok juga la..x jgk sempit. hurm...yg sedihnya family x ble jaga kt situ. dtg masa melawat je. ciann la sgt..tpksa bedikari dan kuatkan diri demi baby :) 

Smpai besoknya 9hb mac 2013 masi belum ada tanda bersalin...doc ckp kena msuk ubat la dr miss v tuh. huhu ni kira nk bg ada contraction la.n term dia lau x clap Induction of Labor (IOL).redha je la...mlm tu juga doc chk n lau x sakit jgk..bsok kena masuk ubat tuh..huh...yg x tahan nya lps msuk ubat tuh..every 6hours kena chk bukaan...smpai kdg2 ada drh pla tu... huhu prnh la 1 kali lps msuk ubat paling last doc sorg ni da chk lps 6 jam tuh...tba2 dtg pla sorg doc lg..ckp psl kes sy ni..lau xde bukaan jgk kena czer.. dlm hati ni klau da takdir, xpe la aku redha.. tp doc yg sorg tuh tb2 tarik langsir katil aku..nk chk lg katanya. hah??? baru je chk, nak chk lg? ni yg geram ni...ni x boleh jd ni.mg aku taknak dah.so apa lg...aku tya doc tu, 'bukan baru chk ke doc?' doc tu jwb nk pgesahan klau btl 1cm je dia nk bncg dgn doc pkr apa nk buat sterusnya..smaada msuk ubat ke 4 atau czer. adoi la...xkn msuk ubat ke 4 lg.sdh la 3 ubat x brkesan..bkn 1biji msuk tuh..tp 1 1/2 biji lg...mg baby nk kluar ikut tingkap kot.. huhu so, sy ckp la dgn doc sy xnak...siap ckp lg lau czer pn xpe la doc...(mood sedih xmau kna chk) sakit tu weh... :( sabar je la...doc tu pn surrender..xkn nk paksa2 kn.. lps tuh dia ambik la smua file sy..nk refer doc pakar la tu.dlm hati ni 'sory la doc..mg xnak lg kena chk'

Ptg tuh ada doc pkr mlawat...dia tgok file sy n dia ckp dgn sy kena czer la... sy jwb xpa la dgn snyum kelat.huhu actually, dlm hti bgus la..x jgk seksa duk wad da 4 hari. org len kuar msuk...kejap je msuk wad da bersalin..jeles la pulak...he he doc mlawat kul 10 am dia ckp sy kena start puasa dah..ptg pling lewat kul 7pm msuk bilik bedah..nebes la pulak...tp xpa, kena kuat demi baby.. :) sy pn gtau husband sal tu.document smua sy sign sndiri..msa mlawat bru husbnd dtg. Mak,bapa, n mentua pn ada jgk.. hurm, tgok meka cm sedi la pula.cm sy je yg excited nih.huhu (pdhal dlm hti nebes jgk) sblum msuk wad bedah tuh nurse da siap psg air kat tgn tuh.nti kena psg tiub kencing pula..nsib baik x sakit...baju pn kena tukar. ni baju khas tuk operation.. dlm hati doa banyak2 supaya smua slamat..lebi kurang kul 6 lebih (x ingt brp lebihnya) sy pn d tolak ke bilik bedah..tingkat 5 tuh...msuk lif lg... ingtkn floor yg sama. smpai dlm tuh durg tukar katil pula..siap kena angkat lg pegi katil sbelah. hoho cmni pla prosedur pmbedahan.lps tuh bru la tolak ke bilik bedah..ramai pula doc nih..muda2 lg, lelaki pmpuan cmpur2...ada doc yg suh sy brtenang.dia tya sy ok ke? sy jwb ok je... ada doc bg ubat bius..jarum kat tulang blakang tuh..4x lau x clap.siap tuh...mg la kebas dr prut smpai la kaki.x rasa pa2.cmtu rupanya rsa kena bius tuh..lps tuh sy mcm mamai2..nk tertido pn ada tp x juga.. so sy relax je la...doc bius tuh cm duk dkt ats kpla sy jer...tggu punya tggu..memang x rasa apa dah doc buat apa..npk pn x..lebi kurg 7 lebi dgr suara baby nangis..wah...baby sy ke? gembira sgt dgr suara tuh..tu la agknya perasaan sorg ibu.hilang smua sakit..hehe dlm hati mgucap syukur alhamdulillah.. kena tggu siap jahit pula. x ingat da kul brpa siapnya coz lps jahit tuh doc suh rehat.dlm kul 10 rasanya bru kuar dr situ..tolak ke wad kenanga 2...baby nurse dh bg nmpak..x sabarnya nak pegang,hehe
da kuar tu husband n yg lain2 tggu kt luar tuh..sempat lg sy senyum :) nk suh dia msuk ambi uri. alhamdulillah husband yg azankn bby kami..syahdu la pula dgr...

13hb mac 2013 bru ble kuar hospital...sbelum tuh kena tmbh darah lg 1 pain.doc ckp sy byk hilang drh,,nasib baik hb naik juga..alhamdulillah..boleh balik :) :)

Lahirlah anak abah & mama n d namakan Nur Khayla Imanina. huhu cm panjang nama tuh.. mama la yg bg nama tuh.hehe Syukur sgt kpd Allah SWT ats rezeki ini.. Thank You Allah for giving us a cute n adorable baby girl.. :)