Sunday, August 14, 2011

Empat perkara

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

” Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah…Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka….

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Sumber : http://amanah2u.com/?p=1265

Thursday, August 11, 2011

JAWAPAN ALLAH KEPADA APA YANG TERJADI?


YA ALLAH? KENAPA SEMUA INI TERJADI PADA AKU?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

YA ALLAH? KENAPA BERAT SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

YA ALLAH? TERASA KEHIDUPAN INI SUDAH TIADA MAKNANYA LAGI.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf ayat 12

YA ALLAH? BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI SEGALANYA INI?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

YA ALLAH? APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

YA ALLAH? KEPADA SIAPA UNTUK AKU BERHARAP?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

YA ALLAH? BERIMANKAH AKU?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.?
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Symber: http://rojulalaqidah.blogspot.com/search/label/Tazkirah

Wednesday, August 10, 2011

Makna puasa

Perkataan puasa berasal daripada perkataan “puas” dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud tahan….iaitu menahan diri ataupun “imsak” dalam bahasa Arab. Ada 2 jenis puasa iaitu puasa sepanjang hayat dan puasa pada tempoh tertentu iaitu puasa Ramadhan.

1) Puasa sepanjang hayat


Puasa sepanjang hayat adalah menahan diri daripada makan atau minum benda haram seperti arak, babi, monyet dan sebagainya. Babi diharamkan kerana ia adalah haiwan yang tidak bermaruah dan babi membiarkan sahaja perlakuan sumbang pasangannya tidak seperti haiwan lain misalnya ayam, kambing, lembu yang akan marah dan menghalangnya. Haiwan lain tidak membiarkan pasangannya berlaku curang. Begitu juga dengan orang yang makan babi, mereka juga akan menjadi tidak bermaruah.

Semua benda yang diharamkan daripada makan dan minum itu adalah kerana ia menjana darah yang kotor dan nafsu yang kuat. Oleh itu untuk menjaga dan menstabilkan nafsu kita kenalah berpuasa sepanjang hayat daripada makan atau minum sesuati yang haram, kecuali ketika darurat (apabila melibatkan nyawa).


Al-An’am [145] Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Dalam agama Islam, meninggalkan benda-benda yang haram juga diberikan pahala.

2) Puasa pada tempoh tertentu iaitu berpuasa dalam bulan Ramadhan.


Baqarah [185](Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran…

Semasa berpuasa dalam bulan Ramadhan umat Islam menahan diri daripada makan, minum dan melakukan seks di siang hari. Puasa bermula daripada waktu Subuh (Subuh adalah permulaan Sembahyang siang) dan bukannya waktu Imsak.


Al-Baqarah [187] .. dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)


Waktu Imsak adalah waktu yang biasanya Nabi kita berhenti makan, kira-kira 10 minit sebelum Subuh. Sekiranya terlambat bangun, masih boleh bersahur selagi azan Subuh belum habis dilaungkan.

Sebelum puasa Ramadan disyariatkan, umat-umat terdahulu juga berpuasa.


Al-Baqarah [183] Wahai orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa

Mereka berpuasa siang dan malam selama 3 hari 3 malam setiap sebulan iaitu pada setiap 13, 14, 15 haribulan, sehinggalah dibatalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.


Al-Baqarah [187] Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.

Sumber: http://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/08/01/makna-puasa/

Saturday, August 6, 2011

Keistimewaan wanita

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Sumber: http://alhaddads2.wordpress.com/2008/01/31/keistimewaan-wanita/#comments