Saturday, June 18, 2011

Romantisme dalam Islam ^^

1.Menggembirakan hati/perasaan istri itu berNILAI SEDEKAH dan itu bagian dari (teladan) SUNNAH RASULULLAH (Hikmah alhadist).

2.Ketahuilah jika suami melakukan hubungan badan dg istri dengan penuh kasih sayang maka ALLAH gug...urkan dosa2nya melalui sela2 jarinya (Hikmah Alhadist).

3.Yang pertama suami cium/kecup ketika ingin (mulai) jima (hubungan badan) adalah pada kening/dahi istrinya dengan penuh kasih sayang. Kemudian bacalah doa seperti yang di contohkan Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW
Bismillahi, Allahumma jannibnasy syaithana wajannibisy-syaithana maa razaqtanaa
(Dengan Nama Allah, ya Allah jauhkan setan dari kami dan jauhkan setan dari (anak) yang Engkau berikan kepada kami),
Maka sesungguhnya jika ditakdirkan diantara keduanya didalam persetubuhan itu akan mendapat anak,
niscaya setan tidak akan membahayakan anak itu selamanya. ( Hadits Shahih riwayat : Bukhari)

4.Wanita mempunyai kelebihan 99 bagian dalam kelezatan bersetubuh tetapi wanita takut (untuk berterus terang tentang hal itu) krn rasa malunya (Alhadist).

5.Jangan pernah sekalipun menceritakan rahasia pasangan kita karena perbuatan itu tak ubahnya meludah kemuka sendiri (Fiqih wanita418).

6.Ketahuilah istrimu merupakan rizqi bagimu. Oleh karena itu sayangilah dia setulus hatimu (AnNuur: 32).

7.Lelaki yang sholeh itu pasti sgt sayang pd istri dan anak2nya,demikian sebaliknya, istri sholehah sgt sayang pd keluarga (Ar-Rum:21).

8.Saling memuaskan sewajarnya kepada pasangan kita dalam hubungan biologis adalah salah satu kunci dari mendapat SAKINAH (Ar-Rum:21).

9.Sentuhan fisik membawa sentuhan bathin. Karena itu jangan remehkan bersentuhan fisik, walau hanya mencium istri atau suami anda.

10.Bagaimana mungkin aku menyakiti istriku sementara dia melayaniku dan merawat anak-anakku?
(Umar bin Khattab)

سُبْحَانَ اللَّهِ وَ.الْحَمْدُ لِلَّهِ. وَ لَاإِلَٰهَ إِلَّا اللَّهِ اَللّهُ اَكْبَرُ
Oleh "Muhammad Reza Adrianto"

Tuesday, June 14, 2011

sand fantasy LOVE 2008 ^^

Donut oh donut ;)

balek kg bru2 ni...
npk la ak buah buat donut..npk cm sng jer..
tepung, yis, gula, garam ckit, myk/marjerin..
bila adunan da siap,bg bulat then kasi lubg..
slumber je dia buat..
smpai umh,try lar buat tapiiii......
mcm x jadi jer...
adunan pn x brpa btl...
nk bg bulat tu pn 1 hal...
hahahaha lawak pula...
xpe2, bljr dr kesilapan... peace~ kah kah kah
pasni, nk ikut resepi ni

Bahan-bahan untuk Donut Gebu Tradisional
1kg Tepung gandum
1 pkt Yis segera mauripan (11g)
2 cmb Susu pekat manis
1/2 cmt Garam
1/2 cwn Minyak masak
550g Air bertapis
Minyak masak utk menggoreng

Cara membuat Donut Gebu Tradisional
  1. Larutkan garam, susu kedalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja.
  2. Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
  3. Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.
  4. Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.
  5. Kemudian barulah diuli sehingga menjadi doh yang sangat lembab dan melekit. Adunan akan melekat di tangan. Jangan risau, kaut adunan yang melekat ditangan menggunakan sudu.
  6. Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.
  7. Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.
  8. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut.
  9. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.
  10. Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi.
  11. Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.
  12. Goreng didalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan
  13. Tuskan sebelum digaulkan dalam gula castor atau dihias sesuka hati anda sebelum dihidang

Friday, June 10, 2011

~khasiat nenas~

Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). 
Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. 

Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. 
Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah
Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. 
Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nanas

kenapa gemuk???

Tempat Ke-10
Pegambilan Ubat-ubatan Anti-Depression
Sekarang ini terdapat ramai orang yang bergantung kepada anti-depression bagi mengurangkan tekanan dalam hidup mereka. Ubat-ubatan ini memperlahankan metabolisma dan menjejaskan keseimbangan hormon didalam badan. Kedua-dua faktor ini akan mengurangkan kemampuan badan kita untuk mengekalkan berat badan.

Tempat Ke-9
Menghidapi Penyakit Kronik
Penyakit-penyakit seperti Thyroid dan Diabetes menyebabkan pertambahan penghasilan kortisol didalam badan yang boleh menyebabkan pertambahan berat. Orang yang mengalami masalah sebegini mungkin perlu menjalani rawatan tertentu dari pakar untuk menurunkan berat badan.

Tempat Ke-8
Genetik
Memang tidak dinafikan genetik juga memainkan peranan dalam menetukan samada kita mudah menjadi gemuk ataupun tidak. Namun perlu diingat faktor cara hidup dan persekitaran memainkan peranan yang lebih penting dari genetik semata-mata.

Tempat Ke-7
Stress
Setiap kali kita stress, kadar kortisol didalam badan juga akan meningkat. Kortisol membantu membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab untuk pengumpulan lemak dibahagian perut. Kortisol juga melemahkan system immunisasi dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Jadi kurang-kurangkanlah stress!

Tempat Ke-6
Saiz Pengambilan Makanan (Portion Size)
Sedarkah kita cara hidup yang telah diterapkan kepada kita selama ini menjadikan kita hilang kawalan terhadap jumlah makanan yang kita makan setiap hari. Disebabkan budaya ini kita sentiasa berasa lapar dan tidak cukup makan, walaupun kita sudah mengambil makanan lebih dari yang sepatutnya diperlukan oleh badan. Disebabkan itulah kita mudah menjadi gemuk.

Tempat Ke-5
Tak Makan
Percaya tak kalau kita sengaja tak makan waktu tengahari, kita akan makan lebih banyak secara tak terkawal bila tiba waktu makan seterusnya. Tak makan akan menyebabkan badan kita kekurangan kalori dan nutrient untuk kegunaan badan. Disamping itu apabila perut sangat lapar, kita akan mudah untuk memilih makanan berlemak dan berkalori tinggi dan akhirnya akan disimpan sebagai lemak diperut kita.

Tempat Ke-4
Label 'Rendah Lemak'
Berapa ramaikah diantara kita yang menyangkakan makanan berlabel 'rendah lemak' juga mengandungi 'rendah kalori'? Jadi sebelum anda membeli produk-produk berlabel rendah lemak pastikan anda melihat berapa jumlah kalori makanan itu sekali. Ramai diantara kita terlebih makan makanan rendah lemak ini kerana kita fikir ianya sihat dan tak menggemukkan.

Tempat Ke-3
Kurang Bersenam
Latihan bebanan dan kardiovaskular membantu kita membakar kalori. Latihan kardio diwaktu pagi membantu pembakaran lemak yang efisyen. Latihan bebanan yang sistematik membantu lebih banyak otot dibina dan meningkatkan kadar metabolisma. Jadi kita tetap membakar kalori walaupun sedang berehat.

Tempat Ke-2
Kadar Metabolisma Rendah
Kadar metabolisma yang rendah menyebabkan kita mudah menambah berat badan. Namun tahukah anda otot boleh meningkatkan kadar metabolisma kerana otot membakar kalori dengan aktif. Senaman yang konsisten dan sistematik boleh mengekalkan jumlah otot-otot dalam badan walaupun kita sudah tua.

Tempat Pertama
Diet Yang Tidak Sihat
Terimalah hakikat ini, secara amnya amalan pemakanan kita tidak sihat. Makanan seharian kita dipenuhi oleh bahan-bahan proses yang tidak baik untuk kita. Jumlah makanan yang diambil seharian pun selalunya diluar kawalan. Sayur-sayuran dan buah-buahan jarang sekali diamalkan sebaliknya kita lebih berminat dengan makanan dikedai mamak dan di KFC atau McDonald. Seringkali kita suka keluar makan dilewat malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi disebabkan obsesi kita terhadap budaya sebeginilah yang menjadikan kita semakin gemuk dari hari-kesehari.

Sumber: http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/2314-carta-10-terhangat-mengapa-kita-menjadi-gemuk.html